Maklumat Organisasi

  • Home
  • Maklumat Organisasi
maklumat-organisasi.png
MAKLUMAT ORGANISASI

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka

SINGKATAN

JPeNM

PENUBUHAN

Ditubuhkan bagi mengurus dan melaksanakan pendakwaan kes-kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Fungsi Utama:

  • Melaksanakan pendakwaan syariah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka
  • Memberi nasihat undang-undang kepada jabatan agama dan agensi berkaitan
  • Menyediakan khidmat guaman syarie dalam prosiding berkaitan
  • Menyemak dan menyediakan dokumen pendakwaan dan bukti kes
  • Mengawasi dan memastikan kelancaran prosedur mahkamah berkaitan kes syariah
STRUKTUR MAHKAMAH


JPeNM terdiri daripada 3 peringkat Mahkamah

  1. 1 Mahkamah Rayuan Syariah (Melaka Tengah)
  2. 2 Mahkamah Tinggi Syariah (Melaka Tengah)
  3. 3
    7 Mahkamah Rendah Syariah
    • Bandar Melaka
    • Ayer Keroh
    • Batu Berendam
    • Masjid Tanah
    • Durian Tunggal
    • Kuala Sungai Baru
    • Merlimau

VISI

Menjadikan Agensi Berwibawa Dalam Memperkasakan Pendakwaan Syariah

MISI

Melaksanakan Pendakwaan Syariah Di Negeri Melaka Berlandaskan Undang-Undang dan Hukum Syarak Dengan Adil, Berkualiti dan Berintegriti Melalui Pemantapan Tadbir Urus Organisasi.

MOTO

Adil, Berkualiti, Berintegriti

OBJEKTIF

Objektif Kualiti Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka

01

Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Menguruskan Latihan serta program jabatan,pengurusan kenderaan,penyelenggaran bangunan serta pembersihan pejabat yang berkualiti.
  • Menyediakan dan mengurus belanjawa tahunan jabatan berdasarkan peruntukan agar mencapai objektif yang ditetapkan dan lebih efektif.
  • Menguruskan harta modal dan aset bernilai rendah serta stok dan inventori berdasarkan KewPA dan KewPS bagi kawalan mekanisme yang berterusan.
  • Menguruskan hal – hal perjawatan serta pengunaan Sistem Maklumat Pengurusan Manusia (HRMIS) yang meliputi cuti,kenaikan pangkat, isytihar harta, tatatertib, penilaian prestasi.
02

Bahagian Pendaftaran, Rekod, dan Dokumentasi

  • Menguruskan penerimaan dan semakan ke atas kertas siasatan yang diterima dari bahagian penguatkuasaan dari pejabat daerah.
  • Menguruskan pendaftaran kes kesalahan jenayah Syariah dan kesalahan matrimony di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.
  • Menguruskan penerimaan dan penyampaian saman dalam bidang kuasa.
  • Memastikan pengurusan ke atas penyampaian yang diterima dilaksanakan melalui system e – Jinayat.
03

Bahagian Perbicaraan dan Rayuan

  • Memastikan perbicaraan dan rayuan kes – kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah dibicarakan dengan penyampaian standard pendakwaan yang tinggi, efisien, adil dan saksama.
  • Memberikan nasihat dan arahan kepada agensi penguatkuasaan agama untuk melengkapkan kertas siasatan dan mematuhi undang – undang yang berkuatkuasaan.
  • Mengendalikan pendakwaan, rayuan dan semakan mengikut prosiding jenayah syariah di mahkamah – mahkamah syariah bagi menentukan orang kena tuduh (OKT) diadili berdasarkan undang – undang berkuatkuasaan untuk menjaga kepentingan awam dan negara.
04

Bahagian Penyelidikan Perundangan

  • Menjalankan penyelidikan yang berkualiti dengan metodologi kajian dalam konteks jenayah syariah.
  • Menguruskan pusat sumber jabatan ke arah pewujudan sebuah pusat sumber yang sistematik dan lengkap dengan pelbagai sumber rujukan.
BARISAN PENDAKWA SYARIE

Pendakwa Syarie

ATRAS BIN MOHAMAD ZIN

KETUA PENDAKWA SYARIE

MARINA BINTI MOHAMMAD

TIMBALAN KETUA PENDAKWA SYARIE

RADZWAN BIN ABDULLAH

PENDAKWA SYARIE

MOHD TARMIZI BIN JAAFAR

PENDAKWA SYARIE
SENARAI ENAKMEN

Enakmen Negeri Melaka

Pratonton Enakmen

Pilih Enakmen

Klik pada mana-mana enakmen di sebelah kiri untuk melihat pratonton dokumen FlipHTML5

CTA Image 1

Pendakwaan Syariah Berwibawa, Ummah Terpelihara

Accessibility Tools